Senjata jarak jauh yang dilancarkan oleh Korea Utara pada 2 Mac lalu. Gambar ini diterbitkan oleh agensi berita KCNA pada 3 Mac.

SEOUL – Korea Utara telah membedil senjata yang tidak dikenal pasti pagi ini.

”Tentera kami mengesan tiga roket dibedil pagi ini dari kawasan Sondok di wilayah Hamyong ke arah timur laut, ke arah Laut Timur atau Laut Jepun.

“Pada masa ini, tentera kami memantau pergerakan pelancaran tambahan dan mengekalkan kesediaan,” kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Tiada maklumat tambahan diberikan.

Bedilan itu muncul selepas dua bedilan jarak sederhana daripada senjata yang tidak dikenal pasti dari Wonsan ke perairan Semenanjung Korea dan Jepun minggu lalu.

Ketua-ketua Tentera Bersama tidak menolak bedilan tersebut adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan Korea Utara semasa musim sejuk.

Tahun lalu, Pyongyang melancarkan 13 peluru berpandu selepas rundingannya dengan Amerika Syarikat menemui jalan buntu.

Dalam ucapan awal tahun ini, Pyongyang memberi amaran akan menunjukkan senjata-senjata strategik pada masa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast