Khadijah Iskandar

KUALA LUMPUR – Agrobank mengurangkan Kadar Asas (BR) kepada 3.10% dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) kepada 6.25% susulan pengurangan Kadar Dasar Semalaman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Selaras dengan semakan tersebut, Agrobank juga akan menyelaraskan Akaun Islamik Pulangan Tetap-i (FRIA-i) ke atas semua tempoh.

Baru-baru ini Bank Pusat menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.75% kepada 2.50%.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar berkata, semua semakan itu berkuatkuasa 12 Mac ini.

“Potongan OPR kedua pada tahun 2020 ini mencerminkan keperluan penting untuk terus menyokong ekonomi Malaysia berikutan wabak Covid-19 yang telah melemahkan keadaan ekonomi global dalam tempoh kebelakangan ini.

“Agrobank tetap komited untuk membantu para usahawan kami melalui tempoh yang mencabar ini dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik melangkaui perbankan kepada pelbagai segmen komuniti pertanian termasuk perniagaan mikro dan PKS,” katanya. – MalaysiaGazette