Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menunjukkan tangkap layar kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Redzuan Yusof dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 09 MAC 2020.

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad akan menyamankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Redzuan Md. Yusof.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, peguamnya akan menghantar surat saman berkenaan kepada Najib dan Pak Wan atas dakwaan telah membuat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya konon menghina Yang di-Pertuan Agong berkaitan penubuhan kerajaan pintu belakang.

Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya pada satu program ceramah baru-baru ini.

“Sila tunjuk kenyataan yang mengatakan saya menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Khalid mendakwa mantan Perdana Menteri itu menerusi akaun Facebooknya, Najib Razak telah mengeluarkan status yang bersifat memfitnah kepadanya.

Manakala, Mohd Redzuan dalam kenyataan balas membidas Khalid yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan mempersolkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Redzuan dilaporkan berkata, siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan dan beliau tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Yang di-Pertuan Agong dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu media, beliau mahu menyaman Mohd Redzuan sebanyak RM10 juta, manakala jumlah ke atas Najib akan lebih banyak daripada pemimpin PPBM itu.

“Saya hendak saman Mohd Redzuan sebanyak RM10 juta. Jumlah untuk Najib sudah tentu lebih banyak dari itu kerana dia kaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menunjukkan kepada media isi kandungan original ucapannya yang telah disalahertikan oleh Najib dan Mohd Redzuan. – MalaysiaGazette

16 Komen

  1. Bukan ke ko cakap masa ceramah ari tu, ahli parlimen PH melayu hanya ada 40%, ahli parlimen cina ada 60 %,sbb tu Agong tak nak dgn ahli parlimen tun.. bukan ke tu 1 tuduhan yg amat berat pada Agong?

  2. Org dh kalah mmg gtu la jdinya. Meroyan jer kjenya. Ksiannya dgn diorg ni. Puak2diorg sndri yg buat. Nk slhkan org lain lak. Gila kuasa !!

  3. Saman jangan tak saman kalau betul perkara tu.
    Jangan pulak nanti kalau perkara tak betul kau meroyan pulak bila kena saman balik.

  4. Bila pengkhianat berbagi jawatan menteri.
    Bukan berkurang malah bertambah dari kabinet sebelum nya.
    Semua tanda balas jasa.
    Tak de tpm, bila berlaku kematian mengejut, 4 pengkhianat akan berentap

  5. Takut nanti kalah Kes orang jumpa kau seluar tinggi sebelah tengah cari besi buruk dlm semak Khalid Oiii. Huhuhu

Comments are closed.