TERKINI : Empat ADUN Bersatu, “Harus Kembali kepada Saya?” – MB Selangor

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari masih menunggu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kembali bertemu beliau selepas satu pertemuan sebelum ini.

Amirudin berkata, status kedudukan keempat-empat ADUN berkenaan hanya akan ditentukan selepas mereka memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh beliau untuk pertimbangan selanjutnya.

“Saya telah bertemu mereka, saya telah minta mereka beberapa perkara, mereka harus kembali kepada saya.

“Saya akan bawa hal itu kepada pengerusi-pengerusi PH untuk memutuskan kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.