Notis pemberitahuan di laman Twitter.
KUALA LUMPUR – Hari pertama permohonan melanjutkan pengajian tinggi dalam talian menerusi UPUOnline dibuka menyaksikan talian terlampau sesak sehingga gagal dilayari oleh para pemohon.
Para pemohon terdiri daripada lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
MalaysiaGazette telah mencuba beberapa kali untuk melayari laman web UPUOnline namun ternyata gagal.
Notis pemberitahuan di laman Twitter @UPUOnline turut membuat ciapan tentang keadaan tersebut:
“Harap maaf.
“UPUOnline sedang mengalami kesesakan capaian. Anda dinasihatkan untuk kembali nanti.”  
UPUOnline merupakan sistem kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi dan hari ini hari pertama permohonan dibuka selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan pada 5 Mac lalu.
Sistem dalam talian itu dibuka sepanjang masa sehingga 31 Mac bagi lepasan SPM dan 7 April untuk lulusan STPM. – MalaysiaGazette