Dua wanita memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di Galleria Vittorio Emanuele II. foto Agensi

ROM – Itali melanjutkan arahan kecemasan koronavirus dengan mengetatkan perjalanan dan melarang perjumpaan awam di seluruh negara.

Semalam, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengarahkan orang ramai supaya tinggal di dalam rumah dan perlu meminta kebenaran untuk ke luar negara bagi urusan penting.

Conte berkata, pendekatan yang dilaksanakan itu untuk mengelak keadaan lebih buruk.

“Tiada banyak masa lagi,” katanya.

Angka kematian akibat koronavirus atau Covid-19 di Itali meningkat dari 366 kepada 463 pada hari Isnin.

Jumlah yang disahkan dijangkiti virus itu turut meningkat sebanyak 24% berbanding hari Ahad dan kes-kes disahkan di semua 20 rantau Itali. – MalaysiaGazette