Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpotensi besar untuk menjadi Ketua Pembangkang ketika sesi persidangan Dewan Rakyat, Mei depan.

Bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ia berdasarkan kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilaporkan Bloomberg.

“Berdasar kepada laporan terbaru ini pastilah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wan Azizah sudah bersuara dalam Bloomberg Television: Jika Pakatan Harapan kembali berkuasa, yang akan mengemudi negara adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, Dr Kamarul berkata dengan perkembangan itu, ia menunjukkan tanda bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah kembali tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana bekas Perdana Menteri itu tidak muncul dalam program “Pertahan Mandat Rakyat”, di Sime Darby Convention Centre, Semalam.

“Tindak-tanduk Dr Mahathir sejak kebelakangan ini, khususnya sikap kritikal beliau ke atas Anwar Ibrahim dan PH, menimbulkan keraguan kepada mereka untuk bergantung harap harap kepada Dr Mahathir lagi.

“Apatah lagi bila persepsi meluas di kalangan mereka adalah kerajaan PH jatuh kerana Dr Mahathir,” katanya lagi.

Wan Azizah sebelum ini berkata Anwar kemungkinan besar akan memimpin negara itu daripada bekas pemimpin Dr Mahathir jika gabungan parti pembangkang kembali berkuasa, menurut pemimpin tertinggi dalam blok itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Macam mana PH hendak buat undi tak percaya, kalau nak jadi ketua pembangkang pun tak boleh hendak pilih apatah lagi jadi PM, tiada siapa yang sokong Anwar. Nanti pusing-pusing cari juga Tun.

  2. Berilah keutamaan kpd ketua/wakil party pembangkang yg majority sebagai prosedur/merit, ini semua dia shj nak sapu dlm sejarah…
    1.Dua bekas Tpm duduk serumah lakibini 2.Dua bekas ketua pembangkang parlimen duduk serumah lakibini 3.Dua bekas MP Permatang Pauh duduk serumah lakibini 4.Dua bekas presiden PKR serumah lakibini. 5.Dua bekas menteri duduk serumah lakibini 6.Dua kali kena game Mahathir 7.Dua kali masuk penjara ehhh banyaknya DUA dlm keturunan ni… Apakah sighnal makna usia 22 tahun party PKR yg sempat tumpang jd kerajaan 22 bulan? Jgn selepas ini DUA DUA masuk penjara sudah.. kt dalam tu tidak bolih duduk berDUA DUA tawwww…. Kes rumah dan terowong pun akan sibuk nk selamatkan diri tu maknanya waktu “tersepit” ni nampaknya Lu Lu punya halllll wa wa punya hallllll… mau senang nanti jumpa pada kelahiran semula itupun jika “main” dgn fitrah jika terus main “pintu belakang” alamat tiadalah kelahiran itu..

  3. Knapalah rakyat semua mcm x berapa nk nampak dgn jelas sejelasnya…. Hakikat sebenar benarnya… Wayang Tinggi Productions sdg dilayarkn utk rakyat semua… Teraju utamanya TM … Perkataan ‘pengkhianat’ , ‘pintu belakang’ , ‘langkah hotel sheraton’ , ‘undi x percaya pd mei ini nti’ dn konspirasi… Itu semua skrip lakonan utk menguburkn samasekali dsai utk jd PM…
    Tak percayakn… Sama2 kita tengok lah nti kesudahan WTP ini…

Comments are closed.