Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum cadangan daripada pelbagai pihak supaya membenarkan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja daripada 11% peratus kepada 7% dilakukan
secara sukarela dan bukan secara default seperti mana yang digariskan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

KWSP sentiasa mengutamakan kebajikan ahli serta memastikan tahap perkhidmatan yang terbaik.

Sehubungan itu, KWSP telah mempertimbangkan pelbagai cara untuk melaksanakan ketetapan pengurangan kadar caruman tersebut.

Berdasarkan Akta KWSP 1991, tiada peruntukan yang membenarkan ahli untuk membuat pilihan bagi menurunkan kadar caruman syer pekerja yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, Seksyen 43(3) Akta KWSP 1991 membenarkan ahli membuat pilihan untuk mencarum melebihi daripada kadar yang ditetapkan.

Untuk kemudahan ahli, KWSP telah menyediakan Borang KWSP 17A (Khas 2020) bagi membolehkan ahli memilih untuk meningkatkan kadar caruman syer pekerja kepada 11%.

Borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.kwsp.gov.my.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, KWSP faham akan kebimbangan ahli berkenaan simpanan persaraan mereka dan akan terus berusaha mengkaji cara untuk menyelesaikan isu ini.

”Memandangkan tempoh pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja yang singkat, kami berharap pilihan untuk meningkatkan kadar caruman ini dapat mengurangkan kerisauan ahli.

”Kami amat menghargai kesabaran ahli dalam hal ini dan akan berusaha untuk memastikan bahawa ahli KWSP dan para majikan termaklum akan hak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kesabaran ahli seperti kami dah lama , gubal undang2 baru , sesiapa yg berumur 45 thn ke atas , boleh keluarkan kesemua simpanan Kwsp. Saya salah seorang B40 yg miskin dan ada anak OKU utk ditanggung , dijaga sampai akhir hayat.

    Zaman sekarang byk umur tak panjang , kalau nak tunggu umur 55 thnn baru bole ambil , lambat nak merasa duit sendiri , entah2 dah mati.Wallahualam bilsawab.

    Itu adalah pendapat dan pandangan peribadi saya sebagai pencarum Kwsp sejak tahun 1990.

Comments are closed.