Dr Noraini Ahmad Higher Education UiTM Professor Dr Roshana Takim insults B40 student
Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkuatkuasa hari ini.

Peletakan jawatan itu ekoran tugasan baru yang dipikul oleh Noraini iaitu sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Noraini merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi PAC bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara.

Beliau dilantik ke jawatan itu pada 11 April 2019 menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum itu. – MalaysiaGazette