Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas (dua kiri) dan pegawai-pegawai kanan KPT ketika memulakan hari pertama di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 10 MAC 2020

PUTRAJAYA – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad mahu menumpukan perhatian terhadap usaha melonjakkan prestasi pengajian tinggi di negara ini baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

Beliau berkata, hasratnya itu sejajar dengan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pembentukan barisan Kabinet semalam.

Katanya, beliau akan mendengar taklimat terperinci mengenai perkembangan tadbir urus kementerian sebelum memulakan tindakan seterusnya sebagai menteri bertanggungjawab selepas ini.

“Sebenarnya saya baru masuk dan belum mendengar briefing Ketua Setiausaha Kementerian. Insyallah selepas itu, apa yang pentingnya adalah kita hendak fokus supaya prestasi pengajian tinggi akan semakin memuncak sama ada di peringkat dalam negeri atau antarabangsa,” katanya.

Ditanya mengenai kewujudan semula Kementerian Pengajian Tinggi sebagai entiti berasingan dari Kementerian Pendidikan, katanya, beliau akan melaksanakan kepercayaan dan amanat yang diberikan supaya gerak kerja menjadi lebih fokus dan tersusun.

“Insya-Allah kita akan cuba untuk mencapai apa juga yang diamanahkan perdana menteri kepada saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi,” katanya.

Terdahulu beliau telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Mohd.Gazali Abas pukul 5.45 petang tadi sebelum memasuki pejabatnya di tingkat 18 sekitar pukul 5.55 petang untuk diberi taklimat ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.