TERKINI : INI Untuk Negara “Saya Mahu Kukuhkan Hubungan Dua Hala” – Hishammuddin

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan melakukan yang terbaik dan meminta diberi ruang untuk membuktikan keikhlasan beliau dalam memikul amanah yang diletakkan di atas bahunya.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati sini, Ahli Parlimen Sembrong itu turut melahirkan rasa syukur dan gembiara di atas peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.