TERKINI : Saya Kena Tunggu ‘Briefing’ Dulu!!! “Tak Sabar Nak Memulakan Tugas” – Datuk Noraini Ahmad

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad mahu menumpukan perhatian terhadap usaha melonjakkan prestasi pengajian tinggi di negara ini baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

Beliau berkata, hasratnya itu sejajar dengan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pembentukan barisan Kabinet semalam.

Katanya, beliau akan mendengar taklimat terperinci mengenai perkembangan tadbir urus kementerian sebelum memulakan tindakan seterusnya sebagai menteri bertanggungjawab selepas ini.

“Sebenarnya saya baru masuk dan belum mendengar briefing Ketua Setiausaha Kementerian.

Insyallah selepas itu, apa yang pentingnya adalah kita hendak fokus supaya prestasi pengajian tinggi akan semakin memuncak sama ada di peringkat dalam negeri atau antarabangsa,” katanya.