Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kes baharu jangkitan Covid-19 (koronavirus) telah dilaporkan sehingga pukul 12 tangahari hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu meningkat kepada 149 kes.

Ketua Pengarah Kesiahatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti.

Menurut beliau, daripada jumlah positif Covid-19, sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI),124 kes dari kalangan kontak rapat, satu kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan COVID-19; dan dua lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusia

“Sehingga ini dua kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Daripada dua kes itu, tambah Noor Hisham, satu kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh manakala satu kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast