Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra bersama pegawai-pegawai yang hadir pada hari pertama beliau selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 11 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan kes ‘kehilangan’ helikopter yang merujuk kepadanya.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, isu itu telah selesai apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memaklumkan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G pada penghujung tahun ini.

“Adakah itu sahaja yang dia (Anwar) boleh buat? Bring it on.

“Kementerian Pertahanan bukan sahaja mengenai helikopter dan yang paling penting saya sudah dipanggil oleh SPRM untuk beri kenyataan mengenai isu helikopter itu.

“Panglima Tentera Darat telah katanya bahawa mereka akan menerima helikopter tersebut penghujung tahun ini. Jadinya tidak lagi isu,” kata bekas Menteri Pertahanan itu di Kementerian Luar hari ini.

Hishammuddin berkata demikian menjawab kenyataan Anwar dalam hantaran Facebook yang menyindir kabinet Perikatan Nasional sebagai “bersih” kerana terlibat kes ‘kehilangan’ helikopter.

“Saya nak tanya ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mana yang kata dan jelaskan barisan ini bersih?

“Apakah aspek dan sisi yang diambilkira oleh SPRM dengan mengisytiharkan kabinet ini ‘bersih’?

“[…] Yang helikopter hilang itu, besar kes dia. Yang lain semua terpalit,” kata Anwar dipercayai merujuk kepada Hishammuddin.

Enggan mengulas lanjut, Hishammuddin berkata; “Kalau cuma itu yang dia (Anwar) ada, saya nak tumpukan kepada Wisma Putra.”

Media sebelum ini melaporkan pembelian helikopter tentera bernilai RM300 juta yang dibuat ketika pentadbiran BN yang masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga kini.

Sebanyak enam buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, McDonnel Douglas dipesan ketika Hishamuddin menjadi menteri pertahanan. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Terima tu pasal Mat Sabu pi goncang sarang tu! Bukan pasal hang Hishamuddin tu “bersih”. Nanti terima satu hal, masaalah teknikal satu hal. Helikopter ni gerenti ada masaalah teknikal, sebab “kelewatan” bertahun tahun mengikut kilang dia fisebabkan masaalah teknikal. Mat Sabu baru sangat pigoncang sarang penyangak tak sampai beberapa bulan dah pengilang cakap ujung bulan ni nak hantar! Apa sihir depa buat pun tak tau!

  2. Sejak PH tumbang tertiarap macam biawak pasir..dah ramai pula ahli2 penjilat PH masuk ruangan komen…dulu masa berkuasa diam sahaja…hahaha..PH tumbang..PH tumbang..amin ya rabbil alamin.

  3. Apa kesudahan cerita berdegar2 Mat Sabu yang dikatakan telah bergitu lama menyiasat kementerian pertahanan? Apa hasilnya?

    Bila nak dakwa dakwi, atau semua dah kelaut?

  4. Rakyat bukan lg bodoh dn boleh di gula2kn lg…
    Jaga/pelihara lah amanah yg dianugerahkn itu dgn telus dn penuh berintegriti….coz bila2 masa saja slps 18 mei ini utk berlakunya PRU 15…..KUASA RAKYAT akn menentukan semula KERAJAAN….

Comments are closed.