LONDON – Manchester United tidak berminat untuk melepaskan Dean Henderson ke kelab lain pada musim 2020/2021.

Menurut Daily Mail, Red Devils dikatakan telah memberi dua janji untuk penjaga gol muda itu iaitu sama ada dipanggil untuk menjadi pemain regular atau dipinjamkan semula ke kelab lain.

Henderson telah bersama United sejak peringkat remaja telah menyertai akademi United pada tahun 2011.

Sebelum ini, dia bermain untuk Carlisle United.

United sebelum ini telah berulang kali meminjamkan Henderson kepada kelab lain kepada Grimsy Town FC iaitu sebuah kelab dari League Two atau pertandingan kasta ketiga di England.

Musim lalu, Henderson, 22, yang dipinjamkan kepada Sheffield United dalam Liga Kejuaraan telah berjaya membawa kelab itu ke Liga Perdana Inggeris dan kemudian kembali meminjamnya pada musim 2019/2020.

Henderson bermain dengan baik untuk Sheffield dalam liga pada musim ini apabila sehingga minggu ke/29, dia telah bermain 27 perlawanan dan hanya melepaskan 22 gol.

Dia juga telah melakukan rekod 10 perlawanan tanpa bolos di liga perdana inggeris musim ini.

Henderson juga telah membantu Sheffield menjadi kelab yang memiliki pertahanan kedua terbaik dalam liga apabila kini hanya ketinggalan kepada Liverpool yang melepaskan 21 gol.

Bagaimanapun terdapat dilema besar yang dihadapi kerana United masih ada David de Gea yang menjadi penjaga gol utama.

Namun United telah memberikan dua janji kepada Henderson untuk musim depan.

Sekiranya kembali ke Old Trafford, maka Henderson akan menjadi pilihan pertama. Jika tidak, United akan sekali lagi memberi pinjaman kepada Dean Henderson kepada kelab lain.

Henderson mempunyai kontrak di United sehingga tahun 2022 dan mempunyai pilihan untuk memperbaharui satu tahun lagi dengan United. – MalaysiaGazette