Nadine Dorries

LONDON – Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) pada Selasa mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Anadolu.

“Saya telah disahkan positif COVID-19. Sebaik dimaklumkan, saya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang disyorkan dan telah mengasingkan diri di rumah,” kata Nadine Dorries dalam satu kenyataan.

Dorries, 62, turut berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah bagi Penjagaan Kesihatan dan Sosial sejak 2019.

Pada minggu lalu, beliau menyertai satu majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Boris Johnson serta ratusan ahli parlimen.

Jumlah kes COVID-19 di UK meningkat kepada 373, dengan enam kematian.

COVID-19, mula dikesan pada Disember lalu di Wuhan, China. Jumlah kematian di seluruh dunia kini mencecah lebih 4,260 orang, dengan lebih 118,100 kes disahkan, menurut Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat.

Virus itu telah merebak ke enam benua dan lebih 100 buah negara.

— BERNAMA