TERKINI : ANWAR, Bring It On!!! Isu Helikopter Sudah Selesai – Hishammuddin

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan kes ‘kehilangan’ helikopter yang merujuk kepadanya.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, isu itu telah selesai apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memaklumkan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G pada penghujung tahun ini.

“Adakah itu sahaja yang dia (Anwar) boleh buat? Bring it on.

“Kementerian Pertahanan bukan sahaja mengenai helikopter dan yang paling penting saya sudah dipanggil oleh SPRM untuk beri kenyataan mengenai isu helikopter itu.

“Panglima Tentera Darat telah katanya bahawa mereka akan menerima helikopter tersebut penghujung tahun ini. Jadinya tidak lagi isu,” kata bekas Menteri Pertahanan itu di Kementerian Luar hari ini.