Pemain Tenis mula risau mengenai ancaman Covid-19 sehingga Jelajah ATP dan WTA mungkin ditunda,

LONDON – Ancaman koronavirus atau Covid-19 mula menyebabkan ketakutan dalam kalangan atlet sukan apabila Tenis Jelajah ATP dan WTA sudah ditangguhkan sehingga Mei ini ekoran tekanan daripada pemain-pemain tenis profesional.

Oleh itu, tiada sebarang kejohanan tenis akan dilangsungkan sehingga 3 Mei ini.

Tenis Indian Wells yang sepatutnya berlangsung minggu ini juga telah dibatalkan selepas virus maut itu dikesan di peringkat tempatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik buat kali pertama.

Namun, penganjur Tenis Terbuka Miami menegaskan pihaknya akan meneruskan kejohanan seperti dijadualkan walaupun darurat diisytiharkan di Broward County.

Mesyuarat Majlis Pemain ATP dan WTA di Indian Wells pula menjelaskan beberapa pemain profesional tidak selesa beraksi dalam keadaan krisis semasa.

Malahan kebanyakan jaguh tenis yang kini berkampung di California tidak pasti sama ada mahu pulang ke kampung halaman masing-masing atau sebaliknya.-MalaysiaGazette