TERKINI : Harga Lantai Petrol, Diesel Akan Dibincang – Alaxender Nanta Linggi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alaxender Nanta Linggi bersedia mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan memperkenalkan harga lantai kepada petrol dan diesel.

Sekiranya cadangan tersebut mempunyai manfaat, maka menurut beliau, cadangan tersebut akan diusulkan kepada Kabinet.