TERKINI : Sambutan Mula Tugas Menteri dan Timbalan Pertahanan (MinDef)

Kertas Putih yang telah dibentang dan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi panduan Kementerian Pertahanan dalam membuat perancangan pada masa depan.

Menteri Pertahanan baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah bukti bahawa kerajaan yang baru dibentuk ini adalah matang dan sentiasa mengamalkan demokrasi.

Kerajaan ini akan kekal komited dalam memastikan pertahanan negara terus diperkukuh dan diperkasakan untuk tempoh 10 tahun akan datang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

“Kertas Putih Pertahanan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2 Disember 2019 akan menjadi panduan utama MINDEF dalam membuat perancangan dan pelaksanaan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.