Luiz Henrique Mandetta.. foto Agensi

BRASILIA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia terlalu lambat untuk mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai pandemik, hingga merumitkan kerja-kerja pihak berkuasa bagi membendung penyebaran virus itu, menurut Menteri Kesihatan Brazil, Luiz Henrique Mandetta.

Perisytiharan pandemik membolehkan pihak berkuasa kesihatan mengarahkan sesiapa sahaja yang mempunyai gejala penyakit  itu segera mendapatkan rawatan, sedangkan sebelum ini hanya individu yang tiba dari lokasi tertentu seperti China akan menerima rawatan sedemikian.

“Sekarang, pengisytiharan itu sudah terlambat, WHO bersetuju dengan penilaian Brazil bahawa kita sekarang menghadapi pandemik,” kata Dr Mandetta semasa pertemuan dengan penggubal undang-undang di Kongres Brazil.

Menurutnya, kes Covid-19 mungkin tidak sebanyak sekarang jika pengisytiharan itu dilakukan lebih awal.

Brazil merekodkan 52 kes positif koronavirus tetapi belum ada kematian.

Kebanyakan kes di Sao Paulo, negeri terkaya di Brazil.

Kerajaan Brazil belum mengarahkan sebarang sekatan batasan kepada penduduk Brazil dan Dr Mandetta telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan seumpama itu.

Namun Dewan Kongres Rendah Brazil mengeluarkan keputusan pada hari Rabu supaya mengehadkan perjalanan orang ramai di bangunan mereka dan jumlah pendengaran awam yang dijadualkan.

Semasa pembentangannya, Dr Mandetta menasihati orang ramai supaya kerap mencuci tangan.

”Anda perlu berhenti berpeluk, bersalam. Anda harus kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast