Senator, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah semasa Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2020.

KUALA LUMPUR- CIMB Group Holdings Bhd. sedang mengaktifkan pelan bagi mencari pengganti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bhd.

Ini susulan peletakan jawatan penyandangnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, lembaga pengarah sedang menguruskan proses pelantikan peneraju baharu tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Maaysia.

“Bagi memastikan kecemerlangan diteruskan, kami mencari calon yang layak dari pelbagai suduh.

“Calon mestilah mempunyai wawasan yang tinggi dan memiliki rekod lampau yang telah terbukti.

“Beliau juga mestilah memiliki kepakaran strategik untuk memacu pertumbuhan kumpulan terutamanya dalam keadaan pasaran yang mencabar ketika ini.

“Kami tidak sabar untuk menyiapkan proses ini secepat mungkin,” katanya.

Tambah Mohd. Nasir, buat sementara waktu, pasukan pengurusan kanan dengan sokongan penuh daripada Lembaga Pengarah akan memastikan perniagaan CIMB terus berjalan dan kesemua pelan-pelan yang telah dirancang sebelum ini dilaksanakan.-MalaysiaGazette