Segala aktiviti bola sepak elit di England dibatalkan serta merta sehingga 4 April ini ekoran penularan gelombang kedua Covid-19.

LONDON – Persatuan Bola Sepak England membatalkan segala bentuk kejohanan bola sepak di England berkuatkuasa serta merta berikutan penujlaran virus baharu, Covid-19.

Semua perlawanan bola sepak melibatkan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Bola Sepak England (EFL) and Liga Super Wanita FA Barclays dan Kejuaraan FA Wanita yang mana secara kolektif bersetuju untuk menggantung perlawanan sehingga 3 April ini.

“Tindakan ini diambil berikutan peningkatan bilangan kelab bola sepak yang mengambil langkah isolasi pemain dan kakitangan berikutan Covid-19.

“Penangguhan itu termasuk semua perlawanan dalam kejuaraan Liga Satu dan Dua dan juga jadual akademi pasukan belia,” kata FA England dalam kenyataan.

Semua kelab bola sepak dinasihati supaya aktiviti tidak penting seperti perhimpunan pemain, lawatan padang latihan dan perjumpaan penyokong tidak diadakan.

FA England berkata, ia berharap keadaan kembali normal pada 4 April ini.

Walaupun berdepan cabaran krisis kesihatan, ia berharap dapat menjadualkan semula perlawanan yang ditangguhkan apabila keadaan kembali normal.

Dalam pada Ligue 1 Perancis turut menangguhkan perlawanan akibat Covid-19 selepas La Liga, Bundesliga Jerman dan Serie A Itali berbuat demikian. – Agensi