Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura seharusnya meningkatkan kerjasama dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perkara tersebut dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat dalam satu perbualan telefon pagi tadi.

“Melihatkan kepada betapa dekatnya jarak di antara kedua-dua negara dan kita juga berkongsi sempadan yang sama, adalah penting supaya kedua-dua negara meningkatkan kerjasama bagi menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya dan Heng berkuasa pelbagai pandangan mengenai bagaimana Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan hubungan serta memasuki satu fasa baharu yang lebih erat dan produktif,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Azmin menerima panggilan daripada Swee Keat yang juga merupakan Menteri Kewangan Singapura di pejabatnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast