gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 13.3 peratus pada Januari 2020 kepada 66,232 tan metrik berbanding 58,437 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Sebaliknya, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan penurunan sebanyak 13.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 45,827 tan metrik, menurun sebanyak 9.3 peratus berbanding 50,516 tan metrik pada Disember 2019.

Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 44.3 peratus daripada jumlah eksport pada Januari 2020 diikuti Jerman (13.4%), Finland (5.1%), Amerika Syarikat (4.1%) dan Itali (3.3%).

Stok getah asli yang direkodkan pada Januari 2020 ialah 288,586 tan metrik berbanding 245,002 tan metrik pada Disember 2019 dengan peningkatan 17.8 peratus.

Harga purata Lateks Pekat ialah 459.60 sen sekilogram pada Januari 2020, meningkat 1.0 peratus berbanding Disember 2019.

Manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus kepada 590.38 sen sekilogram bagi tempoh yang sama.

Jumlah penggunaan getah asli di peringkat domestik ialah 42,015 tan metrik, menurun sebanyak 22.9 peratus berbanding 54,477 tan metrik yang dicatatkan pada Disember 2019.

Pembuatan sarung tangan getah mendominasi industri pembuatan getah asli iaitu sebanyak 31,686 tan metrik atau 75.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik. – MalaysiaGazette