JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Langkah ini selaras dengan gesaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19, kata KKM dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, semua warga KPM diingatkan mematuhi sepenuhnya prosedur standard operasi (SOP) pengawalan penularan jangkitan koronavirus yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan Covid-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.

Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan. Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperolehi melalui laman web rasmi KKM.

Tambahnya, KPM mengambil cakna berhubung penularan Covid-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini. – MalaysiaGazette