Datuk Onn Hafiz Ghazi Johor MB Menteri Besar
Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Keputusan sama ada Sukan Malaysia (Sukma) Sukma Johor 2020 akan berlangsung seperti dijadualkan pada Julai ini akan diputuskan pada masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara tersebut akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma.

“Keputusan berhubung penganjuran Sukma Johor 2020 itu akan diputusan pada satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“In sha Allah mesyuarat itu akan diadakan pada minggu depan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mencadangkan tarikh penganjuran Sukma Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung Julai depan dikaji semula.

Cadangan tersebut juga dibuat selari dengan sokongan MOM ke atas penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berikutan penularan wabak koronavirus baru (Covid-19). – MalaysiaGazette.