KAHERAH – Arab Saudi menggantung semua penerbangan antarabangsa selama dua minggu, bermula esok, dalam usaha menghalang penularan Covid-19 (koronavirus), kata agensi berita SPA yang memetik seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Tempoh penggantungan penerbangan itu disifatkan sebagai cuti rasmi luar biasa untuk warga dan residennya yang tidak dapat pulang kerana penggantungan penerbangan atau jika mereka dikuarantin selepas pulang ke tanah air, lapor SPA yang memetik pegawai tersebut.

Arab Saudi merekodkan 86 kes Covid-19. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast