Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokongnya diramal akan ‘rujuk’ semula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tempoh ‘edah’ dan bersedihnya berlalu.

Ramalan itu dibuat oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang menyifatkan perpecahan yang berlaku dalam gabungan Pakatan Harapan hingga menyebabkan kemelut politik sebelum ini semata-mata untuk menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, pandangannya itu diperkukuhkan lagi dengan hasil mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan parti itu akan terus menjadi kuasa ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan baru ini.

Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyenaraikan beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Ini bermakna, MT UMNO berpendirian Jemaah Menteri yang ditubuhkan dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen dan bukan, seperti Jemaah Menteri Pakatan Harapan sebelum ini, yang mana anggota Jemaah Kabinet mewakili parti komponen masing-masing dalam Pakatan Harapan.

”Bagi saya, politik bergabung sebelum sesuatu PRU tentunya berbeza dari gabungan selepas PRU. Ikatan di antara parti-parti untuk menubuhkan kerajaan selepas sesuatu PRU tidaklah sama kuat seperti gabungan sebelum sesuatu PRU.

”Namun, politik tetap juga politik apabila gabungan PH yang ditubuhkan sebelum PRU14 boleh juga berpecah. Sebab perpecahan itu ialah semata-mata kerana Tun Mahathir yang mencari jalan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari menjadi PM.

”Sebab itu, saya percaya Tun Mahathir dan penyokong-penyokong setianya akan kembali bersama TS Muhyiddin setelah berlalunya tempoh edah atau bersedihnya itu,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Siapa yg pujuk mahathir tu ada kah “pemujuk” tu golek gelantang tercabut kasut berderai hinggus meleleh dan terlondeh seluar dalam? Iss isss teruk dah atok tu ya semuanya faktor alamsemula jadi..

Comments are closed.