Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu mengatasi masalah kakitangan syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang diminta mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu sebelum membincangkan isu-isu lain seperti uniform kru kabin yang tidak menutup aurat, demikian menurut pandangan bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“13,000 kakitangan MAS perlu mengambil cuti tanpa gaji kerana wabak koronavirus.

“Ini tidak termasuk syarkikat penerbangan yang lain.

“Mohon bantu tangani masalah ini dahulu YB. Kebanyakan dari mereka anak muda,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Ketua Armada Bersatu itu merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Zailah Mohd. Yusof.

Semalam, Zailah yang tegas dengan pendiriannya sebelum ini untuk memperjuangkan pakaian pramugari patuh syariah memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak berkeseorangan dalam menzahirkan pendapatnya berhubung isu tersebut.

Warga net menggunakan platform media sosial supaya kerajaan menumpukan perkara yang lebih penting dalam menjaga kebajikan kru kabin terutama apabila industri penerbangan menerima impak terburuk akibat penularan Covid-19 berbanding isu pakaian.

Pemegang akaun @majidahhashim berkata, apabila pekerja-pekerja MAS diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan ini bermakna mereka sudah kehilangan pendapatan dalam tempoh tersebut.

“Ini bermakna mereka sudah tidak ada pendapatan untuk membeli makanan, membayar bil, hutang dan sebagainya.

“Sepatutnya anda risaukan kebajikan dan kesejahteraan mereka sekeluarga tetapi di sini anda lebih risaukan aurat mereka?” katanya.

Pemegang akaun @rebeltoride pula berpendapat para menteri perlu mengorbankan gaji mereka bagi menampung kehidupan para pekerja yang hilang pendapatan akibat wabak tersebut.

“Mari kita lihat sama ada beliau sanggup mengorbankan gajinya dan memberi manfaat kepada pekerja-pekerja tersebut.

“Para menteri kerajaan juga tidak perlu dibayar gaji selama enam bulan kerana mereka sudah mempunyai wang berjuta ringgit,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Tukar uniform ni mudah je. Macam nak tukar putih jd hitam.. Arahkan je, berbesar hati untuk tidak menjadi anti Al-Quran, anti-Hadis dan anti Tuhan. Lain-lain pk lh , u kan menteri bukan kitaorg.

  2. Ko tak pyh nk msuk cmpur lh pondan..ko jadi mnteri apa yg ko buat..yg ko buat ambil puak2 pondan kja dgn ko, galak kn lgbt ada lh…klu dah bodoh tu lbh baik diam tak pyh nk kluarkn stment ya…ko blh hncur kn ngra klu lbh lma ko jadi mnteri belua dn sukan hr tu…

Comments are closed.