Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Seri Petaling di Selangor pada akhir bulan lalu disarankan tidak solat berjemaah di masjid atau surau, termasuk solat Jumaat, jika mereka mereka mempunyai gejala Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun twitternya berkata, mereka boleh kembali ke surau dan masjid apabila telah disahkan sihat.

Kes jangkitan Covid-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu ialah kluster baharu.

Sementara itu, Noor Hisham turut menasihatkan Ahli Jawatankuasa dan pengurusan masjid serta surau mengambil langkah-langkah pencegahan dan pembersihan masjid dan surau masing-masing.

Katanya, mereka disarankan membersihkan permaidani, pintu dan susuran tangga (railing) secara kerap dengan menggunakan bahan pencuci dan cecair pembasmi hama (disinfectant). MalaysiaGazette