Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penduduk Petaling Jaya diminta menangguhkan semua perhimpunan dan perjumpaan penduduk berikutan penularan COVID-19 di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal meminta penduduk di kawasan terbabit menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam dan menjaga amalan kebersihan diri.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau memberitahu, satu mesyuarat koordinasi disertai beberapa agensi dan penguatkuasa daerah Petaling Jaya akan diadakan pada Selasa depan.

Artikel berkaitan: Jemaah tabligh Masjid Seri Petaling alami gejala Covid-19 diminta hubungi Pejabat Kesihatan

Dr Zulkifli seru peserta Ijtimak Tabligh segera jalani pemeriksaan kesihatan

KKM rayu jemaah tabligh buat saringan kesihatan

Jemaah tabligh Masjid Seri Petaling disaran tidak solat berjemaah jika ada gejala Covid-19

Menurut beliau, polis sedang membantu Jabatan Kesihatan Petaling Jaya mengesan individu yang disyaki positif Covid-19.

Baru-baru ini, Brunei mengesahkan seorang pesakit kes pertama Covid-19 di negara itu menghadiri ijtima tabligh antarabangsa di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Jumlah para peserta tabligh di Masjid itu adalah seramai 16,000 orang termasuk dari negara luar.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 39 kes jangkitan baru koronavirus, termasuk 34 daripada kes baharu ini dikaitkan dengan perhimpunan tabligh itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast