Aktivis Hindu di New delhi meminum urin lembu dengan mendakwa ia mampu cegah pendamik covid-19. Foto: Reuters

NEW DELHI- Sekumpulan aktivitis Hindu di India mengadakan majlis minum air kencing lembu beramai-ramai kerana percaya ia mampu menyembuhkan pandemik Covid-19, lapor Reuters.

Kumpulan itu mendakwa lembu dianggap haiwan suci dan beberapa orang yang pernah berbuat demikian percaya ia mempunyai ramuan perubatan yang ampuh.

Bagaimanapun para pakar mengulangi pendirian bahawa air kencing lembu tidak akan menyembuhkan penyakit seperti kanser dan tidak ada sebarang bukti kukuh menyokong dakwaan ia mampu mengubati pandemik Covid-19.

Namun teguran itu tidak dipedulikan aktivis agama Hindu yang berkampung di New Delhi itu malah menyertai parti yang diadakan untuk meminum air kencing lembu.

Parti berkenaan dianjurkan oleh kumpulan bernama Akhil Bharat Hindu Mahasabha atau All India Hindu Union di ibu pejabatnya di ibu kota tersebut.

Majlis itu disertai oleh 200 orang dan merancang mengadakan majlis seumpama di beberapa bahagian lain di negara itu selepas ini.

“Kami meneruskan amalan ini sejak 21 tahun malahan kami juga mandi dengan najis lembu selama ini dan tidak pernah memikirkan untuk membeli ubat moden,” kata salah seorang peserta bernama Om Prakash di majlis tersebut.

Pemimpin parti Hindu Nasionalis yang diketuai Perdana Menteri India Narendra Modi pula menyokong tindakan aktivis itu sambil mempertahankan bahawa air kencing lembu sebagai ubat yang boleh menyembuhkan kanser.

Malah seorang lagi pemimpin dari Negeri Assam pula pemimpin negeri itu semasa sidang dewan pada awal Mac ini kononnya air kencing dan najis lembu boleh digunakan untuk merawat Covid-19.

Patogen Covid-19 yang sudah melangkah ke gelombang kedua yang agak agresif kali ini menyaksikan 138,000 terjejas di serata dunia dengan lebih 5,000 meninggal dunia.

Oleh kerana belum ada vaksin yang mampu mengubati dan menyembuhkannya, kerajaan di seluruh dunia bergelut untuk mencari langkah mengawal penyebarannya yang kian teruk.-MalaysiaGazette