Dr. Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim memberi teguran persahabatan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas yang kini dilihat terlibat dengan suasana politik yang tidak selesa sejak pembentukan Kabinet.

Segelintir pemimpin UMNO meluahkan rasa tidakpuashati dan mendakwa parti itu dibelakangkan dalam barisan Kabinet yang hanya didominasi oleh satu parti selain dikeluh tidak mendapat kementerian utama.

Keluhan itu hadir daripada sebahagian pemimpin UMNO selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu.

Rais menyeru supaya ketiga-tiga parti yang berganding baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional supaya mewujudkan kesepakatan kata dalam semua hal perjuangan.

Beliau yang juga daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu menulis saranan itu dalam ciapan Twitter peribadinya baru-baru ini.

Status Twitter Rais Yatim yang mengajak Bersatu, UMNO dan Pas supaya jangan sindir menyindir sebaliknya bersatu hati dan buktikan mampu mentadbir negara dengan baik.

“Kawan-kawan dalam Bersatu, UMNO dan Pas mari kita wujudkan kesepakatan kata dalam semua hal perjuangan,” kata dalam ciapan itu.

Beliau juga menasihatkan mereka supaya menolak tabiat sindir menyindir dan jangan berbahasa kesat sesama sendiri.

Justeru dalam status berkenaan beliau turut menasihati mereka supaya membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu mentadbir negara secara bersatu hati tanpa persengketaan.

“Kini kita dah bersatu dalam perikatan Nasional dan Buktikan kita mampu mentadbir negara dan bersatu hati sebangsa seagama,” tegasnya.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bagi kesaksamaan dalam Jawatan Kabinetbaru boleh ceerita pasal kerjasama untuk negara….ini yg pentig ko amil lebohan ko bagi UMNO /PAS….Kalo tak kerana UMNO/PAS aku rasa hari ini.MUHYIDIN dgn AZMIN tirun naik MAHKAMAH kerja dil ATUK

  2. Be carefull… Berhati hati… Waspada… Wahai UMNO JUGA PAS…. jujur saya merasakn seperti ada sandiwara yg tersirat dsebalik apa babak adegan sejak dr 24hb Feb hingga ke saat ini… Jgn nti UMNOPAS mjdi badut dn WAYANG TINGGI PRODUCTIONS ini….
    LEARN FROM MISTAKE…dari sejarah yg lepas…

  3. Klu dlihat/dhalusi dlm skop ‘aura politik’.. Rakyat Malaysia umumnya dn org2 Melayu khususnya, majoritinya smakin mnolak kerajaan ph sblmnya ini… Dan dpt dilihat malah didengar dgn jelas sokongan dn kecenderungan memihak kpd usaha PermuafakatanNasional ant Umno dn Pas… Kepantasan keupayaan revolusi Permuafakatan itu smmgnya mjadi KEGERUNAN kj PH terutamanya pemimpin2 tunggaknya… Dan hari ini spt ada yg mahu MENJAHANAMKN permuafakatan itu dgn WAYANG TINGGI PRODUCTION …. Lihatlah sendiri skrg sudah ADA DN BERMULA bibit2 xpuas hati/celaan/sindiran dikalangan pemimpin/juga ahli dlm permuafatan umnopas ini atas elemen2 pbahagian jawatan dn post2 dlm kabinet kjaan hari ini… DAH BOLEH NAMPAK DN FIKIR KAN, CANTIKNYA DN HALUSNYA ‘PERMAINAN’UTK MGHANCURKN KEBANGKITAN UMAT MELAYU MLALUI ‘PERMUAFAKATAN NASIONAL’INI MLALUI INSTRUMEN DARI PEMIMPIN2 DR UMNO KHUSUSNYA… TOLONG.. TOLONG… TOLONG LAH SEDAR WAHAI BANGSAKU!

  4. Jgn tamak haloba. Jgn ada gunting dlm lipatan. Berniat jujur Rakyat sedang memerhati

  5. Kerjalah untuk negara. Tak kira apa Kementerian..
    Yang tak dapat jadi menteri kan wakil rakyat. Kerjalah kawasan DUN tu.

  6. Bila saja sudah bersatu dan tubuhkan kerajaan ada saja rungutan rintihan ketidakpuasan hati memasing. Paling jahat adalah musuh2mu PN iaitu puak yg tamak haloba demi kuasa tidak perlu sebut puak mana. Siapa yg mkn lada terasa pedasnya tempias smash badminton ini. Puak inilah yg rakus parasit tidak sedar diri dan lebih bahaya dari covid 19. Moga yg terpilih buatlah kerja2 yg boleh membina untuk rakyat dan negara. Syabas PN penuh berintegriti berwibawa bersih dan amanah.
    Selamat berjuang sehingga ke PRU15.

Comments are closed.