Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) hadir pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan membuat satu pengumuman penting malam ini berhubung langkah-langkah yang bakal diambil berhubung Covid-19.

Jelasnya, beliau terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat khas bersama semua kementerian-kementerian dan agensi-agensi serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), petang ini.

Ketika ditanya apakah ini akan melibatkan penutupan penuh (lockdown), Muhyiddin berkata; “Sila tunggu (pengumuman malam ini).

Bagaimanapun, Muhyiddin menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan serta barangan asas adalah mencukupi.

“Kami juga ingin menegaskan dalam keadaan krisis, kesemua kedai yang menjual barangan asas terus dibuka supaya orang ramai tetap dapat membeli barangan keperluan,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pertanian dan pemain industri makanan juga telah diminta untuk memantau perkembangan semasa bagi memastikan bekalan keperluan asas terutamanya makanan mencukupi.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kekurangan bekalan makanan dilaporkan. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.