Presiden Brazil menolak amaran covid oleh pakar perubatan dan bersuafoto dengan penunjuk perasaan beramai ramai di hadapan Istana di Sao Paola semalam.

SAO PAOLO – Disebalik ancaman pandemik koronavirus 2019 (Covid-19), Presiden Brazil Jair Bolsonaro bertindak berani berswafoto dengan puluhan ribu penyokongnya dan meraikan demonstrasi di beberapa jalan raya di bandar raya utama.

Tindakan Bolsonaro itu yang tidak mengambil peduli ancaman Covid-19 itu mengundang kecaman pemimpin dari Kongres kerana didakwa menggalakkan perhimpunan besar yang akan mengeruhkan lagi penularan virus maut itu.

Bolsonaro muncul di khalayak awam seolah-olah tidak mempedulikan nasihat pakar perubatan yang mencadangkan beliau mengambil langkah berjaga-jaga selepas beberapa delegasi yang berada di Florida Amerika Syarikat disahkan positif Covid-19.

Presiden berkenaan bagaimanapun bernasib baik kerana disahkan negatif Covid-19 dan begitu juga Presiden Donald Trump selepas kedua-dua mereka bersalam.

Bagaimanapun, pakar perubatan kecewa dengan sikap sambil lewa Bolsonaro dalam aspek kesihatan kerana pemimpin nombor satu negara ini  masih dalam proses kuarantin sehingga minggu depan.

Presiden Brazil bergaul dengan awam yangberkumpul di hadapan Istananya mengundang kerisauan dan kritikan pemimpin dan pakar perubatan ekoran ancaman Covid-19 tidak dihiraukan ketua negara itu.Foto: Reuters

Bolsonaro keluar dari Istana Presiden dengan berpakaian jersi bola sepak Brazil untuk bertemu dan bersalam serta berswafoto dengan penunjuk perasaan di pintu gerbang istana.

“Walaupun saya mencadangkan penangguhan sebarang perhimpunan awam beramai ramai, saya tidak boleh menghalang  sebab protes ini bukan disebabkan saya..

“Dengan situasi semasa yang bertentangan dan tidak memihak kepada mereka maka rakyat memilih untuk turun ke atas jalan untuk tunjuk perasaan,” katanya.