Gambar hiasan

TORONTO – Kanada akan menutup sempadannya kepada bukan rakyatnya atau penduduk tetap.

Namun, peraturan itu dikecualikan kepada penduduk Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri, Justin Trudeau.

Di samping itu, pengendalian udara akan “diberi mandat secara rasmi” untuk mengelakkan pengembara dari penerbangan masuk ke Kanada.

Perdana Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan kepada rakan-rakan G7 tentang peraturan baru itu.

Hanya empat lapangan terbang di Kanada – di Montreal, Toronto, Calgary, dan Vancouver – akan menerima penerbangan antarabangsa mulai Rabu.

“Memandangkan virus terus tersebar, kami memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang agresif untuk memastikan anda dan keluarga anda selamat,” kata Trudeau.

Tambahnya, langkah-langkah itu akan membantu menyelamatkan nyawa.

Kanada merekodkan 324 kes jangkitan Covid-19 di 10 wilayahnya setakat pagi Isnin.

Selain itu, terdapat 17 kes tambahan.

Kanada mencatatkan empat kematian dikaitkan dengan virus berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast