Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pembangkang terkilan apabila negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak dijemput oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membincangkan isu Covid-19.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya diberitahu Perdana Menteri telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri hari ini.

“Malangnya, Pakatan Harapan difahamkan bahawa Menteri-Menteri Besar Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan serta Ketua-Ketua Menteri Sabah dan Pulau Pinang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas ini.

“Pakatan Harapan merakamkan rasa kesal di atas tindakan Putrajaya tidak menjemput Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PH, jika tindakan itu disebabkan kerajaan negeri PH tidak sehaluan dari segi politik dengan Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang, maka tindakan kepartian sempit ini amatlah merugikan rakyat.

“Umum sedia maklum bahawa kelima-lima negeri ini merangkumi hampir 40 peratus seluruh penduduk di Malaysia, dan sejumlah besar kes COVID-19 ini turut berlaku di negeri-negeri ini.

“Tindakan kawalan wabak COVID-19 yang tidak mengambil kira sebahagian wilayah dalam negara pasti akan menggagalkan usaha pengawalan itu.

“Oleh itu, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa Putrajaya untuk segera memanggil pertemuan bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ini, demi kemaslahatan dan keselamatan warga negeri-negeri tersebut,” tegas pakatan pembangkang itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut meluahkan rasa terkejut selepas mendapat tahu satu mesyuarat pergerakan mengenai Covid-19 dipengerusikan Muhyiddin bersama semua ketua kerajaan negeri hari ini tanpa menjemput beliau.

Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga menyatakan rasa terkilan dalam ciapannya di Twitter sebagai merujuk reaksi MB Selangor di Twitter bahawa: @Amirudin Shari Kedah pun tak diajak.Agaknya tak ada Covid-19 di Kedah”. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bodoh.. pm sudah umum langkah2 cegah dan kawalan.. apa lagi yg kurang? Sebelum ini pun pihak ph juga yg ambil remeh jangkitan covid19 apabila ex pm dn tpm trmasuk menteri pengangkutan sambil lewa terus membiarkan kapal2 dn pelancong asing terus masuk dn keluar sesuka hati tanpa peduli keselamatn rakyat,bahkan di berikan pengecualian visa pndatang dari cina tempat asal virus itu merebak

  2. Mereka merancang dan Allah juga membuat perancangan…sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang ketentuan.

  3. Jimmy Kim,, kmu siap membodohkan org,, ini soal keselamatan rakyat mlsia, salah dan silap masa kementerian lalu ini bukan soalnya, jangan jdi bodoh la

  4. Sudah tiada sebab yang menusabah untuk komen menunjuk mereka pemerintah yang terbaik,
    Masa rakyat beri peluang memerintah, apa ph buat. Cuma mencari cara menindas rakyat berbagai penjuru, sehingga rakyat yang bodoh pun terasa mereka ditindas dan diperbodohkan.
    Kenapa pelancong dari negeri cina berpuluh ribu dibenar masuk ke Malaysia seperti bergitu banyak, seperti ada yang tersirat disebalik kemasukan itu.
    Kenapa masa tu jadi pemerintah tidak memikir yang terbaik untuk rakyat sendiri.
    Kenapa fikir duit dan duit saja, tindas dan tindas aja. Dari pembangkang jadi pemerintah, pemerintah membangkang rakyat pula.
    SUDAH LAMBAT NAK TUNJUK PANDAI..

Comments are closed.