Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air di Klang berikutan pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya 6 petang ini.

Sehingga jam 7 pagi hari ini, bekalan air di Kuala Selangor telah mencapai 100% pemulihan.

”Air Selangor sedang berusaha menstabilkan bekalan air ke kawasan yang terjejas di Klang dan pemulihan sepenuhnya bekalan air dijangka pada jam 6 petang ini,” katanya dalam satu kenyatan di sini.

Semalam, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran itu dikesan pada pukul 7 malam.

Bagaimanapun, kesemua loji berkenaan telah beroperasi semula kira-kira 10.30 malam tadi. – MalaysiaGazette