TOKYO – Seorang lelaki berusia 57 tahun di Jepun yang mengancam untuk “menyebarkan” pandemik itu selepas diuji positif Covid-19 awal bulan ini telah meninggal dunia hari ini.

Dalam laporan media tempatan, pada minggu lalu, media melaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan di Bandaraya Gamagori, Wilayah Aichi telah mengarahkan lelaki itu untuk kuarantin diri sendiri selepas diuji positif pada 4 Mac lalu.

Petang hari yang sama, lelaki itu mengugut ahli keluarganya mahu menyebarkan virus itu dan menuju ke pub dan bar.

Kemudian dia dimasukkan di hospital pada 5 Mac lalu dan disiasat atas dakwaan cuba menyebarkan virus berbahaya itu, dakwa berita Kyodo.

Seorang wanita yang bekerja di bar berkenaan telah diuji positif Covid-19 pada 12 Mac lalu. – MalaysiaGazette