KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah membuat pengaturan kerja dari rumah dan akan menggunakan pelbagai platform digital untuk berhubung dengan pihak berkepentingan ketika Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.

MIDA berkata, ia menutup semua premisnya di KL Sentral dan seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

“MIDA akan terus responsif dalam memberikan nasihat dan sokongan kepada pelanggannya.

“Para pegawai MIDA, terutamanya para pengarah dan timbalan pengarah boleh dihubungi dengan mudah melalui e-mel mereka masing-masing di https://tinyurl.com/MIDAcontact atau melalui [email protected],” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih banyak maklumat dan kemas kini boleh didapati di www.mida.gov.my atau di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga Akta Polis 1967, yang merangkumi pelbagai aktiviti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast