Kamarulzaman Zainal

KUALA LUMPUR – Tren ulang-alik di antara sempadan Malaysia dan Thailand, melibatkan perkhidmatan State Railway of Thailand digantung sepenuhnya buat sementara waktu.

“Walau bagaimanapun, perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar, KTM Komuter dan Skypark Link masih beroperasi seperti biasa.

“Penumpang yang ingin membuat pindaan atau pembatalan tiket sepanjang tempoh perintah itu diminta merujuk kepada stesen-stesen berhampiran,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal.

Menurutnya, pemulangan tambang akan dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu 14 hari selepas tarikh pembatalan tiket.

Dalam pada itu, hanya bukan warga negara Malaysia dibenarkan menaiki tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) ke Stesen Woodlands, Singapura.

Manakala warga negara Malaysia pula sahaja dibenarkan menaiki tren dari arah sebaliknya, mulai 8.30 pagi tadi.

Kamarulzaman berkata pemulangan tambang akan dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu 14 hari selepas tarikh pembatalan tiket.

Orang ramai digesa mendapatkan maklumat lanjut berkaitan operasi tren KTMB menerusi laman sesawang rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilannya di 0322671200. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast