Jude Bellingham

LONDON – Manchester United dilaporkan begitu serius untuk mendapatkan pemain muda Birmingham City, Jude Bellingham apabila menjadikan pemain tengah itu sebagai sasaran utama perpindahan mereka pada musim panas depan.

Pemain berusia 16 tahun itu ketika ini merupakan salah satu pemain utama dalam skuad Birmingham City.

Menurut laporan itu, skuad pencari bakat United mula tertarik dengan aksi pemain itu sejak permulaan musim ini dan berpendapat Bellingham berpotensi besar untuk menjadi pemain tengah terbaik di dunia pada masa depan.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dikatakan antara individu yang mengetuai pasukan itu untuk memburu Bellingham kerana percaya dia akan menjadi pemain penting buat United.

Woodward dikatakan sanggup menyediakan dana sebanyak £30 juta untuk mendapatkan pemain itu dari City.

Bellingham musim ini menunjukkan persembahan luar biasa kerana telah mencatatkan empat gol dan dua bantuan daripada 32 penampilan dalam Liga Kejuaraan pada musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast