Liverpool hanya memerlukan dua perlawanan sahaja untuk menjulang Liga Perdana Inggeris.

LONDON – Wabak pandemik Covid-19 pasti menjadi sejarah baharu dalam dunia bola sepak di England.

Ketika Liverpool semakin hampir menamatkan kemarau 30 tahun, secara tiba-tiba kelab itu terpaksa menentang Covid19 yang dilihat lawan paling sukar ketika ini sedang mereka berjaya memenangi 27 dari 29 perlawanan sejak awal musim ini.

Apa tidaknya, ini keputusan ‘perlawanan’ akan berakhir dengan Liverpool hanya mampu jadi mendahulu liga yang tidak akan menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jika Covid-19 tidak menunjukkan penurunan di Britain sehingga musim panas tiba, liga popular dunia itu mungkin akan menutup musim 2019/20 tanpa juara dan semua pasukan perlu bermain semula untuk musim baharu dengan kiraan mata baharu.

Ia pasti dilihat tidak adil kerana Liverpool mendahului liga dengan 25 mata dan ia jurang yang besar dan mustahil untuk pasukan lain mencabar kejuaraan.

Tapi dari sudut berbeza ia akan adil bagi pasukan yang berebut tempat ke Liga Juara-Juara dan Liga Europa. Dan yang paling penting, keputusan itu juga adil bagi pasukan yang sedang berjuang di zone penyingkiran.

Realitinya, EPL bukan untuk pasukan juara tapi semua 20 pasukan yang bertanding dan  masing-masing memiliki perjuangan yang belum selesai. – MalaysiaGazette