KUALA LUMPUR – Semua premis-premis TMpoint di seluruh negara ditutup susulan arahan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan kakitangan serta para pelanggannya terjamin semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, waktu operasi Pusat Panggilan TM akan dikekalkan.

Para pelanggan pelanggan digalakkan berinteraksi dengan TM menerusi saluran-saluran digital iaitu aplikasi myunifi atau portal unifi di unifi.com.my serta e-mel di [email protected]

Bagi lebih keselesaan, para pelanggan TM juga boleh membuat pembayaran bil di mana sahaja dan pada bila-bila masa
menerusi aplikasi myunifi, portal unifi dan Jom Pay dengan kod pengebilan (biller code) TM 8888.

Tambahnya, TM juga akan mengutamakan aktiviti baikpulih dan akan meneruskan proses pemasangan, sambil mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga kepentingan para pelanggan serta anggotanya; secara khusus, melaksanakan borang pengisytiharan kesihatan untuk kedua-dua pihak.

”Ini memastikan rakyat Malaysia dapat terus berhubung dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang walau di mana mereka berada menerusi perkhidmatan-perkhidmatan TM, sambil mempraktikkan penjarakan sosial sejajar dengan garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette