TERKINI : Jangan ‘SELFISH’, Jangan Paksa Polis Sampai Buat Tangkapan – Ketua Polis Negara

Semua rakyat negara ini diminta patuh nasihat polis dan mengambil serius penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika orang ramai berdegil sehingga mengeruhkan lagi keadaan, polis mungkin terpaksa mengambil tindakan lebih tegas menangkap mereka yang melanggar undang-undang.

Menurut ketua Polis Negara, polis juga tidak mahu mengambil tindakan sehingga ke tahap sebegitu sebaliknya menasihati rakyat supaya mematuhi penguatkuasaan seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

“Saya harap orang ramai faham ya, jangan biarkan ia sampai ke tahap bahaya nanti. Tindakan lebih drastik pula, saya tak mahu pun. Polis tak mahupun mengambil tindakan menangkap dan sebagainya.