Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 12 petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor swasta telah dijangkiti virus Convid-19.

Salah seorang daripada 12 petugas KKM itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Perkembangan terbaharu itu dikongi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” kata Dr Noor Hisham.

Dr Noor Hisham sentiasa mengemaskini maklumat terkini di laman sosial dan juga menerusi kenyataan media bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya virus Covid-19 jika tidak dibendung.

Kerjasama semua rakyat untuk mematuhi setiap arahan pihak berkuasa menjadi penentu sama ada virus yang menular di seluruh dunia itu dapat dibendung atau sebaliknya.

Sehingga semalam sebanyak dua kematian di Malaysia dengan masing-masing satu kes di Johor dan Sarawak.

Sehingga semalam sebanyak 900 kes positif Covid-19 dilaporkan di negara ini.