Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara merakam video tular ‘kenduri kepala kambing’ akhirnya dua lelaki ditahan polis di Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kerana membuat rakaman hari ini seolah-olah memperlekehkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan membendung penularan Covid-19.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3(2) dan Seksyen 7(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta 233(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kedua-duanya akan direman esok,” katanya dipetik dari Twitter Kementerian Dalam Negeri malam ini.

Justeru, Mohd. Rozi menasihati orang ramai supaya jangan memperlekehkan arahan kerajaan sepanjang arahan PKP.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

Comments are closed.