PLUS

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan hentian rehat dan rawat (R&R) serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya.

Langkah itu selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa melakukan perjalanan supaya dapat merancang perjalanan mereka dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan.

Pelanggan dan keluarga mereka juga digesa supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial apabila menggunakan kemudahan tandas awam di R&R ataupun stesen minyak berdekatan.- MalaysiaGazette