TERKINI : 6,000 Petugas di Hospital Seluruh Selangor Akan Terima Bantuan Makanan

Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Covid-19 dengan memperuntukkan RM127.78 juta kepada semua pihak terbabit sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk meluluskan pemberian satu insentif sebanyak RM200 secara one-off dan bantuan makanan semasa bertugas kepada 6,000 petugas di hospital seluruh Selangor.

“Ia bagi menghargai petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19 kerana petugas-petugas kesihatan bertungkus lumus berkhidmat dan ada di antara mereka terus bertugas tanpa cuti dihimpit kemelut wabak ini.